Sabun Mandi Daun Pegaga

Sabun mandi daun pegaga telah terbukti amat berkesan untuk mengatasi masalah-masalah seperti berikut:

  • Membantu merawat kudis, panau, gigitan serangga, eczema, luka, psoriasis, ruam lampin bagi bayi, jerawat, kelimumur.
  • Membantu memproses exfoliate ( menanggalkan sel-sel kulit yang telah mati).

Khasiat Daun Pegaga

PEGAGA atau nama saintifiknya Centella asiatica adalah sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh liar dikawasan-kawasan redup dan lembap. Dikalangan masyarakat melayu pegaga amat dikenali sebagai ulam pelengkap hidangan tengahari dan sungguh enak di cicah dengan sambal belacan.

Selain keenakkannya dibuat ulam, pegaga juga mempunyai banyak khasiat dan zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamain A dan C. Pegaga juga dikesan dapat membantu bagi menyegarkan badan, merawat pitam, mengurangkan berat badan, awet muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut dan melicin dan menyihatkan kulit. Selain itu ia juga digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit-penyakit kulit seperti panau, kurap, kulat-air, jerawat dan sebagainya.

Dahulu pegaga ini hanya dikenali oleh warga desa sahaja, tetapi hari ini dengan kemajuan ilmu sains & teknologi, pegaga telah banyak dibuat kajian oleh universiti tempatan mahupun luar negara. Hasilnya hari ini kita dapati pelbagai jenis minuman (jus pegaga, tonik pegaga), barangan penjagaan diri (sabun pegaga, syampu pegaga) serta makanan kesihatan tambahan dihasilkan dari pegaga.

Blog Sabun Pegaga

Sabun Pegaga, amat baik untuk merawat segala masalah kulit secara semulajadi. Sesuai dengan khasiat daun pegaga yang mempunyai daya antiseptik menjadikan sabun pegaga sesuai diguna oleh semua peringkat umur..

Labels